English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  DuitSaku
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
Semua   A   B   C   D   E   F   G   H   I   J   K   L   M   N   O   P   Q   R   S   T   U   V   W   X   Y   Z
 
 
General
ActiveX
Teknologi perisian yang menyediakan peraturan-peraturan perkongsian maklumat di antara aplikasi-aplikasi yang
membolehkan keupayaan atau kandungan yang telah diprogramkan, dihantar melalui Internet ke komputer peribadi yang berdasarkan “Windows”.
Akaun CDS
Ini merupakan akaun yang dibuka atas nama pelabur (sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikhpermohonan) dengan sesebuah syarikat pembrokeransaham.Akaun ini membolehkan pelabur menjual dan membeli saham serta menjalankan aktiviti di kaunter bukan ekuiti (iaitu bon,waran,stok pinjaman,dsb.) yang di bawah CDS.
Akaun Dagangan
Akaun yang dibuka oleh peniaga untuk setiap pelabur. Akaun tersebut menunjukkan jumlah yang dilabur dan pergerakan dana pelabur melalui pembelian dan penjualan komoditi yang diperdagangkan, seperti mata wang asing.
Akaun Khas
Satu akaun yang diberikan kepada seorang pemegang akaun yang telah tersenarai sebagai pesalah cek tak laku untuk membolehkan pemegang akaun tersebut menerima dan membuat pembayaran dalam tempoh larangan.
Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (ABIK)
Sebuah Akta yang memperuntukkan keperluan undang-undang bagi pelesenan dan pengawalseliaan institusi-institusi yang menjalankan perniagaan bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar, rumah diskaun dan broker wang.
Amanah saham
Suatu jumlah wang yang diurus oleh sebuah syarikat pelaburan. Syarikat ini menawarkan pelbagai pilihan kepada pelabur, bergantung kepada jenis dana itu dan matlamat pelaburannya.
Analisis aset nilai bersih
Suatu kaedah untuk menentukan aset bersih seseorang dengan membuat perbandingan jumlah aset dengan jumlah liabiliti.
Ansuran
Bayaran bulanan yang mesti dibayar kepada institusi perbankan sebagaimana yang dinyatakan di dalam perjanjian peminjaman.
Bank Pembayar
Sebuah bank yang dikehendaki membayar jumlah sesuatu cek yang dikeluarkan.
Bank-bank Perdagangan
Bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 oleh Bank Negara Malaysia.
Bayaran minimum bulanan
Bayaran minimum yang perlu dibuat oleh pemegang kad bagi sesuatu bulan.
Bayaran Muka
Jumlah permulaan yang perlu dibayar kepada penjual oleh pembeli.
Biro Kredit
'Biro Kredit' yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia menurut Seksyen 30(1)(mmm) Akta Bank Negara Malaysia 1958.
Biro Pengantaraan Kewangan
Sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 untuk bertindak sebagai pengantara bagi menyelesaikan pertikaian di antara institusi perbankan dan pelanggan mereka.
Biro Pertukaran Wang
Cawangan bank perdagangan yang menyediakan perkhidmatan pengurupan wang asing, penunaian kad kredit dan cek kembara. Cawangan kecil ini juga menyediakan perkhidmatan pengiriman wang.
Bon korporat
Instrumen hutang bagi pinjaman yang diterbitkan oleh peminjam kepada pelabur yang merupakan pembeli bon dan peminjam wang. Sebagai pulangan atas wang yang dipinjamkan, penerbit bon bersetuju untuk membayar faedah tetap kepada pemegang bon semasa tempoh pinjaman itu dan amaun prinsipal yang dipinjam apabila matang.
Borang Permohonan
Borang yang digunakan untuk memohon pinjaman, produk atau perkhidmatan perbankan daripada institusi perbankan. 
Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga
Buku ini dirangka untuk membantu dalam pengurusan pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pelaburan untuk seluruh isi rumah. Satu aspek yang penting yang terdapat dalam buku ini ialah satu seksyen bagi konsep merancang dan membuat belanjawan.
Buku Wang Saku
Buku Wang Saku ini adalah satu alat bagi pelajar sekolah berlatih mengamalkan perancangan kewangan dengan merekod wang masuk, perbelanjaan dan simpanan.
Bursa Malaysia
Bursa saham di Malaysia.
Cagaran
Harta persendirian yang digunakan untuk menjamin pembayaran bagi sesuatu pinjaman. Peminjam menghadapi risiko kehilangan harta tersebut sekiranya pinjaman tidak dibayar.
Caj Lewat
Penalti yang dikenakan oleh institusi perbankan kerana gagal membuat bayaran ansuran mengikut jadual.
Caj Lewat Bayar
Faedah yang dikenakan ke atas ansuran tertunggak yang dikira berdasarkan baki harian.
Caj Lewat Bayar
Penalti yang dikenakan ke atas ansuran tertunggak yang dikira berdasarkan baki harian.
Caj Terma
Jumlah faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan sewa beli dan dikira pada kadar tetap ke atas jumlah yang dibiayai.
Caj Terma
Jumlah faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan sewa beli dan dikira pada kadar tetap ke atas jumlah yang dibiayai.
CCRIS
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, iaitu satu sistem pangkalan data berkomputer yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh Biro Kredit untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit.
Cek
Arahan bertulis daripada satu pihak (pembayar/pengeluar cek) kepada pihak lain (bank/institusi pembayar) yang mengkehendaki bank pembayar membayar sejumlah tertentu apabila dituntut, kepada pembayar sendiri atau kepada pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh pembayar/pengeluar cek.
Dana bon
Dana pelaburan yang dilabur terutamanya dalam bon atau sekuriti hutang lain.
Dana ekuiti
Dana pelaburan yang dilabur terutamanya dalam saham.
Deposit
Pembayaran tunai permulaan yang diperlukan sebelum memasuki perjanjian sewa beli.
Deposit
Pembayaran tunai permulaan yang diperlukan sebelum memasuki perjanjian sewa beli.
Deposit tetap
Wang simpanan di institusi perbankan bagi satu jangka masa tetap, contohnya 1, 3, 6, 9 atau 12 bulan untuk memperoleh faedah.
Dikembalikan
Perbuatan memulangkan sesuatu cek apabila dikemukakan kepada bank pembayar untuk pembayaran.
Dinding Keselamatan
Dinding keselamatan bertindak sebagai alat penapis yang menghalang maklumat daripada keluar masuk ke atau dari sesuatu rangkaian yang dilindungi.
Diskaun Istimewa
Diskaun yang dinikmati oleh pemegang kad daripada saudagar tertentu bagi pembelian yang dilakukan dan dicaj kepada kad kredit. 
Dokumentasi
Satu set dokumen yang perlu ditandatangani berhubung dengan sesuatu pinjaman seperti perjanjian pinjaman, borang dan dokumen dokumen lain yang berkaitan. Keseluruhan dokumen ini akan membentuk satu set rekod yang lengkap bagi sesebuah pinjaman.
Dokumentasi
Satu set dokumen yang perlu ditandatangani berhubung dengan sesuatu pinjaman seperti perjanjian pinjaman, borang dan dokumen dokumen lain yang berkaitan. Keseluruhan dokumen ini akan membentuk satu set rekod yang lengkap bagi sesebuah pinjaman.
Efek Belum Jelas
Cek-cek dan lain-lain item yang dibayar oleh seorang pelanggan untuk dikreditkan ke dalam akaun beliau, di mana cek tersebut masih belum dijelaskan oleh bank si pembayar. Walaupun jumlah tersebut akan terpamer di dalam penyata pelanggan berkenaan, rekod mengenai baki sebenar dan baki yang belum dijelaskan adalah disimpan di dalam rekod bank tersebut. Pihak bank tidak bertanggungjawab untuk membayar sebarang cek yang dikeluarkan dari item-item yang belum dijelaskan lagi.
Fi Iltizam
Fi yang dikenakan oleh institusi perbankan kerana mengetepikan sejumlah tertentu dana yang tidak digunakan oleh peminjam. Biasanya dikenakan ke atas kemudahan overdraf.
Fi mengganti kad yang hilang
Fi yang dikenakan ke atas penggantian kad yang hilang.  
Fi Pengeluaran Pinjaman
Pelbagai jenis fi yang berkaitan dengan pengeluaran pinjaman seperti fi pendaftaran cagaran, fi carian tanah dan fi carian kebankrapan yang dilakukan oleh pihak institusi kewangan dan peguam yang mengendalikan proses dokumentasi berhubung pinjaman tersebut. Fi tersebut dibayar dahulu oleh pihak institusi kewangan atau peguam dan kemudiannya dikenakan ke atas peminjam.
Hartanah
Merujuk kepada harta di atas tanah (seperti rumah, pangsapuri, kondominium dan tanah lapang (seperti lot banglo).
Institusi Perbankan
Bank perdagangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. 
Insurans berkaitan pelaburan
Pelan insurans nyawa yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan. Sebahagian daripada premium yang dibayar akan digunakan untuk membayar perlindungan insurans nyawa dan sebahagian lagi dilabur dalam dana pelaburan tertentu, mengikut pilihan pemegang polisi.
Insurans Komprehensif
Polisi insurans bermotor yang memberi perlindungan:
Terhadap liabiliti undang undang akibat kematian atau kecederaan tubuh badan dan kehilangan harta benda atau kerosakan kepada pihak ketiga.
Terhadap kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan bermotor akibat kemalangan, kebakaran, kecurian dan lain lain kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan di dalam polisi insurans.
Insurans Nyawa Gadai Janji (MRTA)
Insurans Nyawa Gadai Janji adalah sejenis insurans berjangka yang nilainya berkurang mengikut tempoh pinjaman. Insurans jenis ini memberi perlindungan gantirugi ke atas baki terhutang pinjaman sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal kepada peminjam. Insurans ini biasanya dikira bagi memenuhi keseluruhan jumlah terhutang sesuatu pinjaman.
Insurans Nyawa Gadai Janji (MRTA)
Insurans Nyawa Gadai Janji adalah sejenis insurans berjangka yang nilainya berkurang mengikut tempoh pinjaman. Insurans jenis ini memberi perlindungan gantirugi ke atas baki terhutang pinjaman sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal kepada peminjam. Insurans ini biasanya dikira bagi memenuhi keseluruhan jumlah terhutang sesuatu pinjaman.
Jaminan Bersama
Di bawah kontrak jaminan yang melibatkan lebih daripada seorang penjamin, jika salah seorang daripada penjamin meninggal dunia, tanggungjawab jaminan akan terus ditanggung oleh penjamin-penjamin yang masih hidup.
Jumlah Pembiayaan
Jumlah kemudahan yang diberikan kepada penyewa dikira seperti berikut:
Harga Tunai Deposit + Kos Pengangkutan (jika ada) + Fi Pendaftaran Kenderaan (jika ada) + Premium Insurans (untuk satu tahun)
Kad Kredit Luput
Kad kredit yang di mana tarikh sah laku yang dicetak padanya telah tamat.
Kad Kuasa
Kad pengenalan untuk ditunjukkan kepada penyewa oleh penarik sebelum menarik kenderaan bermotor. Kad tersebut mesti mengandungi maklumat berikut:
1. Nama dan alamat penarik serta institusi perbankan.
2. Perihal sebab sebab pelantikan penarik.
3. Tandatangan seorang wakil yang diberi kuasa oleh syarikat kewangan.

Kadar Faedah
Amaun yang dikenakan ke atas peminjam oleh pemberi pinjaman dalam bentuk peratusan daripada jumlah pinjaman.
Kadar Faedah Berubah
Faedah yang dikenakan ke atas kemudahan sewa beli yang dikira berdasarkan peratusan margin ke atas BLR sebuah institusi perbankan. 
Kadar Faedah Terapung
Istilah yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu pinjaman di mana faedah yang dikenakan boleh berubah akibat kenaikan atau kejatuhan sesuatu penunjuk seperti Kadar Pinjaman Asas.
Kadar Faedah Tetap
Faedah yang dicaj ke atas kemudahan sewa beli yang dikenakan sebagai peratusan tetap ke atas jumlah pinjaman yang dibiayai. 
Kadar Peratus Tahunan
Kadar peratus tahunan dikira mengikut formula berikut:   

  2NF (300C + NF)
2N2F + 300C (N + 1)

Di mana:
N ialah bilangan ansuran bulanan.
C ialah bilangan ansuran bulanan di bawah kontrak yang akan dibayar dalam masa setahun, sekiranya kontrak akan diselesaikan dalam masa kurang dari setahun, bilangan ansuran bulanan yang akan dibayar dalam masa setahun sekiranya ansuran bulanan terus dibayar pada jangka masa yang sama.

F ialah jumlah yang dikira berdasarkan formula:

100C x T
  N x A
 
Di mana:
C ialah nombor yang sama seperti dalam formula pertama.
T ialah jumlah caj terma yang telah ditentukan.
N ialah bilangan ansuran bulanan.
A ialah jumlah pembiayaan
Kadar Pinjaman Asas
Kadar faedah minimum yang dikira oleh sesebuah institusi kewangan berdasarkan satu formula yang mengambil kira kos dana dan lain lain kos pentadbiran.
Kadar pulangan wajaran masa
Suatu ukuran kadar kompaun bagi pertumbuhan sesuatu portfolio.
Kadar Sama Rata
Istilah yang digunakan untuk menerangkan sifat kadar faedah yang dikenakan sebagai peratusan tetap ke atas sesuatu pinjaman di sepanjang tempoh pinjaman. Pembayaran balik bagi jumlah yang tetap ke atas pinjaman jenis ini biasanya ditentukan sebelum jadual pembayaran balik berkuat kuasa. Misalnya, jumlah faedah bagi pinjaman sebanyak RM10,000 pada kadar sama rata 10% ialah RM1,000 setahun, yang dikenakan sehingga pinjaman ini selesai dijelaskan.
Kecairan
Ini merujuk kepada betapa mudahnya anda boleh menukarkan aset anda kepada wang tunai pada kadar pasaran yang berpatutan. Kecairan  ialah satu faktor penting khususnya bagi pelaburan jangka pendek di samping bagaimana mudahnya untuk menukar kepada wang tunai bagi membiayai perbelanjaan.
Keingkaran
Kegagalan untuk membayar balik ansuran/faedah bulanan kepada institusi perbankan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman.
Keingkaran
Kegagalan untuk membuat ansuran bulanan seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian SB.
Kemudahan Pembayaran Bil
Suatu kemudahan yang diberikan oleh pengeluar kad untuk memudahkan pembayaran bil dengan penyedia perkhidmatan tertentu, contohnya bayaran telefon, bil utiliti, premium insurans, fi caruman. Kemudahan ini biasanya disediakan secara percuma.
Kenderaan Penumpang
Kenderaan bagi kegunaan peribadi, contoh 'Multi Purpose Vehicles', 'Sport Utility Vehicles' dan kenderaan salon.
Kenderaan Penumpang Baru
Sebuah kenderaan penumpang baru, yang belum didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kenderaan penumpang terpakai
Sebuah kenderaan yang pernah didaftar di JPJ.

Kenderaan penumpang dikondisi semula
Sebuah kenderaan terpakai yang diimpot dan belum didaftarkan di JPJ.

Kenderaan penumpang dikondisi semula terpakai
Sebuah kenderaan terpakai yang diimpot dan pernah didaftarkan di JPJ.
Ketidakcukupan Dana
Pernyataan cek dikembalikan yang menandakan bahawa akaun pembayar tidak mengandungi wang yang mencukupi untuk menampung pembayaran sesuatu cek.
Kontrak Bersama dan Berasingan
Di bawah kontrak jaminan yang dibuat secara bersama dan berasingan, apabila seorang daripada penjamin meninggal dunia, estet si mati akan terus bertanggungjawab ke atas jaminan tersebut bersama-sama dengan penjamin-penjamin yang lain.
Kontrak Jaminan
Satu perjanjian di mana penjamin memberi jaminan akan menyelesaikan hutang belum jelas peminjam jika peminjam tersebut gagal membayar balik pinjaman.
Laporan Kredit
Satu laporan yang dihasilkan oleh CCRIS yang mengandungi maklumat kredit.
Laporan Penilaian
Sebuah laporan analisa bertulis yang disediakan oleh jurunilai bertauliah yang menyatakan maklumat berhubung dengan nilai sesuatu hartanah.
Liabiliti
Tanggungjawab untuk membayar kerana keperluan undang-undang.
Maklumat Kredit
Data atau maklumat mengenai seseorang peminjam, termasuk data atau maklumat mengenai mana mana kemudahan kredit yang diberi oleh mana mana institusi kewangan kepada pelanggan.
Margin pembiayaan
Amaun pinjaman yang diberi oleh institusi perbankan yang dinyatakan secara peratusan ke atas nilai harta benda yang dicagarkan untuk pinjaman tersebut.

Mata Wang Asing
Mata wang kertas dan syiling yang sah laku dalam mana mana wilayah di luar Malaysia, tidak termasuk mata wang asing negara Israel dan Republik Persekutuan Yugoslavia (Serbia dan Montenegro).
Matlamat Kewangan
Ini adalah apa yang seseorang ingin lakukan dengan wangnya dalam tempoh yang tertentu. Penetapan matlamat amat penting bagi membantu merancang perbelanjaan dan berbelanja secara berhemat.
Menarik Balik
Apabila pemilik kenderaan bermotor (iaitu institusi perbankan) mengambil balik kenderaan bermotor daripada penyewa. 
Motosikal Baru
Sebuah motosikal baru yang belum didaftarkan di JPJ. 
Opsyen/waran
Instrumen yang memberi pemegangnya hak tetapi bukan kewajipan, untuk membeli instrumen tertentu, sebagai contoh saham biasa baru, pada suatu harga laksana yang telah ditentukan terlebih dahulu dalam tempoh masa sah yang telah ditetapkan (tempoh laksana). Waran ini menjadi tidak bernilai apabila tempoh laksana tamat.
Overdraf
Sejenis kemudahan kredit yang diberikan kepada pemegang akaun semasa yang layak. Peminjam dibenarkan untuk mengeluarkan cek dengan jumlah yang melebihi baki kredit yang terdapat dalam akaun, tetapi terhad kepada jumlah maksimum yang telah diluluskan dahulu oleh institusi kewangan.
Pelan Bayaran Ansuran Tanpa Faedah
Suatu kemudahan yang diatur di antara pengeluar kad dengan saudagar tertentu yang mana pemegang kad boleh membayar pembelian yang dibuat dengan saudagar tersebut secara ansuran, contohnya, 3,6,9 atau 12 bulan, tanpa faedah, tertakluk kepada had kredit pemegang kad pada masa permohonan dibuat. 
Pelayar Web
Pelayar web adalah program perisian yang digunakan untuk melayari web. Ia membolehkan pengguna untuk melawati laman web Internet dan menatap muka surat web pada skrin komputer peribadinya. Pelayar web menjalankan semua tugas yang diperlukan untuk menatap laman web.
Pembayar
Pemegang akaun yang mengarahkan sesebuah bank untuk membayar sejumlah wang seperti yang tercatat di atas cek yang dikeluarkan.
Pembayaran Berperingkat
Suatu skim pembayaran pinjaman yang memberi fleksibiliti pembayaran ansuran rendah pada tahun tahun awal pinjaman tetapi beransur ansur meningkat pada tahun tahun berikutnya selaras dengan peningkatan kuasa membeli peminjam.
Pembayaran Terdahulu
Pembayaran sebahagian atau keseluruhan daripada pinjaman sebelum tempoh matang.
Pembekal Rangkaian Kad Kredit
Persatuan kad kredit seperti Visa dan MasterCard yang menyediakan infrastruktur kad kredit bagi kemudahan memperolehi keizinan dan penyelesaian transaksi transaksi kad kredit.
Pembelian
Amaun yang dibelanja atas pembelian barangan atau perkhidmatan. 
Pembiayaan Semula
Proses pembayaran balik sebahagian atau keseluruhan pinjaman yang sedia ada dengan tujuan untuk mendapatkan pinjaman baru sama ada daripada institusi perbankan yang sama atau institusi kewangan yang lain.
Pemusing
Pemegang kad yang gemar menjelaskan sekurang kurangnya amaun bulanan minimum yang dikehendaki oleh pengeluar kad kredit, tanpa menyelesaikan sepenuhnya jumlah baki belum jelas.
Penalti Pembayaran Terdahulu
Fi yang dikenakan oleh institusi kewangan ke atas pembayaran terdahulu keseluruhan pinjaman. Fi yang dikenakan biasanya dikira berdasarkan peratusan tertentu daripada jumlah pinjaman atau bersamaan dengan jumlah faedah untuk tempoh 'x' bulan.
Penarik
Orang yang diberi kuasa oleh pemilik (iaitu institusi perbankan) untuk menarik kenderaan bermotor daripada penyewa yang ingkar bagi pihak syarikat kewangan. Penarik adalah dikehendaki berdaftar dengan Persatuan Syarikat Syarikat Sewa Beli Malaysia.
Pendahuluan Tunai
Tunai yang dikeluarkan menggunakan kad kredit yang mana yuran dan kadar faedah harian dikenakan. 
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah
Hasil campuran pendapatan kasar bulanan kesemua ahli keluarga yang bekerja sebelum ditolak cukai pendapatan, Socso, KWSP, ansuran pinjaman atau potongan potongan lain, dicampur pula dengan pendapatan tambahan seperti gaji kerja lebih masa, komisen dan lain lain.
Pendapatan Minimum
Pendapatan tahunan minimum pemohon yang diperlukan oleh pemegang kad untuk layak mendapatkan kad.
Pengeluar Kad Kredit
Organisasi seperti institusi perbankan yang mengeluarkan kad kredit.
Pengesahan Dua Faktor
Proses mengenalpasti identiti seseorang melalui pengesahan dua faktor yang diberikan. Kedua-dua faktor tersebut adalah sesuatu yang pelanggan tahu, iaitu ID log masuk dan kata laluan, dan samada sesuatu yang pelanggan ada, seperti sijil digital dan kata laluan sekali
guna yang diperolehi daripada token atau dibekalkan melalui sistem pesanan ringkas, atau sesuatu ciri peribadi 16 pelanggan, seperti ciri-ciri biometrik, sebagai contoh cap jari dan corak anak mata.
Penghantaran Notis
Sebarang notis atau dokumen yang perlu dihantar atau diberi kepada penyewa boleh dihantar atau diberi melalui cara berikut:
1. Melalui penghantaran sendiri; atau
2. Melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada penyewa ke alamat terakhir yang diketahui.
Pengurup Wang Berlesen
Pengurup wang yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Pengurupan Wang 1998.
Penjamin
Orang perseorangan atau entiti yang terikat oleh undang undang untuk menjelaskan pinjaman yang diambil oleh seseorang peminjam, jika peminjam tersebut gagal menjelaskan pinjamannya.
Penjamin
Seseorang yang dengan rasminya membuat perjanjian untuk bertanggungjawab ke atas hutang orang lain.
Penjelasan
Proses pertukaran cek cek untuk menetapkan kedudukan muktamad bagi penyelesaian di antara bank bank pembayar.
Penyelesaian Awal
Menyelesaikan secara penuh baki hutang di bawah perjanjian sewa beli lebih awal dari tarikh asal yang dipersetujui.
Penyewa
Orang yang menyewa kenderaan bermotor di bawah perjanjian sewa beli.
Penyulitan
Penyulitan adalah proses mengarau data kepada format yang tidak boleh dibaca agar lebih selamat untuk disiarkan di Internet. Penyulitan digunakan untuk mengelakkan risiko maklumat ini daripada dipintas dan dibaca oleh pihak ketiga. Teknologi penyulitan yang paling lazim digunakan adalah "Secure Sockets Layer (SSL)" yang menyulitkan sebarang pergerakan keluar masuk maklumat antara laman web anda dan server secara automatik. Anda boleh tahu sama ada laman web tersebut disulit dengan teknologi SSL dengan memastikan bahawa URL bermula dengan https://. Terdapat dua tahap penyulitan iaitu SSL 40 bit dan 128 bit. Pelayar 128 bit menyediakan tahap keselamatan yang tertinggi buat masa ini.
Perampasan
Tindakan perundangan yang boleh diambil oleh pihak institusi kewangan untuk mendapatkan semula jumlah yang terhutang daripada seorang peminjam yang telah ingkar membayar balik pinjamannya. Harta benda yang dicagarkan oleh peminjam bagi pinjaman berkenaan akan dijual untuk menjelaskan jumlah yang terhutang tersebut.
Perampasan
Tindakan perundangan yang boleh diambil oleh pihak institusi perbankan untuk mendapatkan semula jumlah yang terhutang daripada seorang peminjam yang telah ingkar membayar balik pinjamannya. Harta benda yang dicagarkan oleh peminjam bagi pinjaman berkenaan akan dijual untuk menjelaskan jumlah yang terhutang tersebut. 
Perancangan Kewangan
Ini adalah untuk mengatur strategi hal kewangan anda supaya matlamat anda tercapai. Matlamat ini adalah termasuk pembelian rumah, pembiayaan pelajaran anak anda atau perancangan persaraan anda melalui pengurusan kewangan yang teratur.
Perjanjian Jual Beli
Kontrak bertulis yang ditandatangani oleh pembeli dan penjual, di antaranya menyatakan terma dan syarat syarat bagi penjualan hartanah.
Perlindungan Insurans Ke Atas Pembelian Dengan Kad
Pembelian barangan
Perlindungan insurans yang diberikan kepada pemegang kad ke atas pembelian barangan yang dicaj kepada kad kredit sekiranya barangan tersebut hilang/rosak. Lazimnya, perlindungan diberi untuk satu jangka masa terhad, contohnya 30 hari dari tarikh pembelian dan ia mungkin mempunyai had maksimum bagi perlindungan yang diberi.

Tiket penerbangan
Perlindungan insurans yang diberi oleh pengeluar kad kepada pemegang kad bagi pembelian tiket penerbangan yang dicaj kepada kad kredit. Perlindungan insurans biasanya dalam bentuk kemalangan perjalanan peribadi dan kos yang dibelanja kerana kelewatan bagasi, kelewatan penerbangan dan ketinggalan kapal terbang.
Permohonan Kredit
Satu permohonan kepada sesebuah institusi perbankan untuk kemudahan kredit oleh seseorang pelanggan.
Peti Ingatan
Peti ingatan ialah memori yang digunakan oleh pelayar untuk menyimpan kandungan laman web yang telah dilawati. Penyimpanan kandungan tersebut membolehkan pelayar untuk membuka muka surat yang sama dengan lebih cepat apabila pengguna melawatinya kembali.
Phishing
Phishing (sebutan "Fishing") adalah kaedah jenayah terkini yang digunakan untuk mencuri wang dan identiti mangsa. Untuk menarik perhatian mangsa, pengendali skim penipuan phishing akan menggunakan emel dan laman web palsu yang kelihatan seperti laman web sebenar institusi perbankan, syarikat kad kredit atau laman beli-belah e-dagang yang dipercayai.
PIN
Nombor Pengenalan Peribadi (Personal Identification Number) - Susunan nombor yang digunakan untuk mengesahkan identiti pemegang kad. Ianya samalah seperti kata laluan.

Pinjaman Belum Jelas
Baki hutang, termasuk faedah dan lain lain yang belum dijelaskan.
Pinjaman Berjangka
Sejenis pinjaman yang mana pembayaran semula telah ditentukan untuk satu tempoh masa yang tetap, misalnya selama 10 tahun.
Polisi Insurans Pemilik Rumah/Kebakaran
Sejenis insurans polisi yang menggabungkan tanggungan dan perlindungan kepada pemilik rumah terhadap kerugian yang disebabkan oleh ribut taufan, kebakaran, perbuatan khianat dan risiko-risiko lain.
Portfolio Ekuiti Yang Diurus Berasingan
Portfolio yang diurus oleh pengurus dana dimana pelabur memiliki sekuriti secara individu.
Produk modal terjamin
Produk yang memberikan pulangan dan pada masa yang sama, memberikan jaminan modal pada akhir tempoh matang.
Program Ganjaran
Program kesetiaan yang dilaksanakan oleh pemegang kad untuk menghargai pemegang kad kerana mencarum/mengguna kad kredit mereka. Pelan ganjaran yang biasa ialah Program Ganjaran Penebusan Hadiah. 
Program Pemindahan Baki
Suatu program yang ditawarkan oleh pengeluar kad yang membenarkan pemegang kad semasa atau pemegang kad pengeluar lain untuk memindahkan baki tertunggak daripada kad kredit mereka kepada kad lain pada kadar faedah istimewa. 
Pulangan
Apa yang diperoleh oleh seseorang pelabur daripada pelaburannya.
Rancangan Perbelanjaan
Ini adalah satu rancangan tentang pendapatan yang diterima oleh seseorang serta bagaimana ia dibelanjakan dan untuk apa perbelanjaan  dibuat demi memastikan masih ada baki untuk menyimpan, melabur dan digunakan semasa kecemasan.
Rebat
Pembayaran balik sebahagian caj terma (faedah) yang dikira berdasarkan formula yang ditetapkan di bawah Akta Sewa Beli 1967, sekiranya penyewa membuat penyelesaian awal.
Rebat Tunai
Suatu program kesetiaan yang memberi pemegang kad rebat tunai berdasarkan amaun yang dicaj ke atas kad kredit bagi pembelian. 
Riba'
Lebihan yang dibayar atau diterima ke atas amaun prinsipal di dalam kontrak pinjaman.
Risiko Pelaburan
Tidak seperti simpanan, pelaburan melibatkan risiko. Risiko ini merujuk kepada keadaan di mana nilai sesuatu pelaburan itu akan merosot akibat faktor-faktor tertentu seperti pergerakan harga aset ekoran perubahan-perubahan pada sentimen pasaran, kitaran perniagaan, prestasi pendapatan syarikat dan penarafan kredit.
Saham tersenarai modal kecil
Syarikat yang sahamnya tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad dengan permodalan pasaran yang secara amnya kurang daripada RM750 juta.
Saudagar
Sebarang perniagaan yang menerima kad kredit sebagai kaedah pembayaran untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan mereka.
Sekuriti
Instrumen pelaburan yang diurusniagakan di bursa saham. Ia boleh dalam bentuk saham, waran atau sekuriti pendapatan tetap.
Simpanan Kecemasan
Sejumlah wang yang diketepikan untuk digunakan semasa kecemasan, perbelanjaan luar jangka atau bermusim, seperti yuran sekolah dan  insurans. Umumnya, jumlah yang perlu diketepikan adalah bersamaan dengan tiga bulan gaji dan hendaklah disimpan dalam bentuk pelaburan berisiko rendah.
Surat Hakmilik
Satu surat perundangan yang mengesahkan hakmilik ke atas sesebuah harta.

Surat Kebuntuan
Sepucuk surat yang dikeluarkan oleh institusi perbankan yang menjelaskan keputusan muktamad institusi perbankan dan sebab sebab kenapa aduan anda tidak dapat diselesaikan.
Surat Kuasa Wakil
Dokumen perundangan formal yang memberi kuasa kepada seseorang untuk bertindak bagi pihak seseorang yang lain.
Surat Penerimaan Tawaran
Surat yang menyatakan kesediaan pemohon untuk menerima tawaran pinjaman yang telah diluluskan oleh pihak institusi kewangan.
Surat Pentadbiran
Geran representasi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada seseorang yang membolehkan beliau menguruskan harta seseorang yang meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat.
Syariah
Undang undang Islam yang menyentuh segala aspek kehidupan yang berlandaskan al Quran, Sunnah (perlakuan dan sabda Nabi Muhammad s.a.w.), Ijma' (konsensus para ulama') dan Qiyas (analogi).
Tempoh Masa Untuk Menggantikan Kad Yang Hilang
Pusingan masa untuk menggantikan kad yang telah hilang. 
Tempoh Minimum Tanpa Faedah
Tempoh tangguh di mana tiada faedah dikenakan ke atas amaun yang dicaj, biasanya 20 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan atau tarikh penyata sehingga tamat tempoh berakhir, kecuali dalam transaksi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki. Tempoh tangguh hanya diberi bagi pembelian. 
Tempoh Pembiayaan
Tempoh masa di mana kemudahan sewa beli diberi.
Tempoh Pinjaman
Jumlah tahun yang diambil untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman dan faedah mengikut jadual pembayaran balik yang telah dipersetujui.
Trojan Horse
Sesuatu program yang nampak seperti berguna atau tidak merosakkan tetapi sebenarnya menyimpan kod perosak yang bertujuan untuk merosakkan sistem yang menjalankannya.
Urus Niaga Fraud
Transaksi yang tidak dibenarkan oleh pemegang kad. Transaksi tersebut berlaku disebabkan kad kredit hilang, dicuri, tidak diterima, pengeluaran kad kredit berasaskan permohonan fraud, pemalsuan atau lain lain bentuk fraud menurut tafsiran pengeluar kad kredit.
Yuran Pentadbiran
Pelbagai yuran yang dibelanja oleh institusi perbankan berhubung dengan pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam. 
Yuran Penyertaan
Yuran yang dikenakan sekali sahaja ke atas pemegang kad bagi penerimaan kad. 
Yuran Tahunan
Yuran sama rata yang perlu dibayar sebaik sahaja kad diterima. Yuran ini perlu dibayar walaupun kad tidak digunakan. Yuran dikenakan ke atas pemegang kad utama dan kad tambahan melainkan ianya dikecualikan.
Zakat
Pembayaran yang diwajibkan ke atas sebahagian daripada kekayaan bagi setiap jenis harta yang layak dikenakan zakat, mengikut peratusan yang telah ditetapkan setiap tahun untuk manfaat orang orang Islam yang layak menerimanya. Ia adalah merupakan kaedah yang utama bagi mewujudkan keseimbangan sosial dan membawa kepada kemakmuran umat Islam.