English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  DuitSaku
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

  Cari:  
  Dari:   Hingga:  
  Berwaspada dengan panggilan palsu daripada mereka yang menyamar sebagai Pegawai Bank Negara Malaysia
24/03/2014
 
 
 

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan modus operandi mereka yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, bank perdagangan atau agensi penguatkuasaan (termasuk Polis dan Lembaga Hasil).

Mereka yang menyamar ini berniat untuk menipu orang ramai supaya memindahkan wang ke akaun pihak ketiga yang tidak dikenali yang kononnya selamat dalam simpanan Bank Negara Malaysia. Aktiviti penipuan ini dilakukan melalui pelbagai cara termasuk panggilan telefon, SMS, e-mel atau dalam bentuk komunikasi yang lain. Modus operandi mereka adalah seperti di lampiran.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang, dan mereka tidak perlu membalas sebarang panggilan telefon yang tidak diundang itu. Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta sesiapa untuk membuat sebarang pindahan wang untuk disimpan dengan selamat.

Bank Negara Malaysia menasihati orang ramai supaya melindungi diri mereka daripada tertipu dan berhati-hati dengan mengambil langkah berikut:
(1) Jangan dedahkan maklumat kewangan peribadi kepada mana-mana pihak.
(2) Jangan membuat pindahan wang ke akaun pihak ketiga yang tidak dikenali.
(3) Selalu berhubung dengan pihak bank perdagangan untuk mengesahkan identiti akaun pihak ketiga yang tidak dikenali supaya dapat mengelak daripada ditipu.

Orang ramai boleh berhubung terus dengan Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03- 2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Untuk menghantar pertanyaan atau aduan melalui SMS, taip BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] dan hantar kepada 15888.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan kewangan, sila lawati laman amaran penipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my atau berinteraksi dengan kami melalui facebook di http://facebook.com/bnm.official

 
 
  Kembali ke Senarai Pengumuman