English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  DuitSaku
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

  Cari:  
  Dari:   Hingga:  
  Hidup Tanpa Kad Kredit
01/03/2014
 
 
 

Menurut statistik Bank Negara Malaysia, terdapat 8.3 juta kad kredit di Malaysia pada akhir 2013, dengan jumlah tertunggak purata sekitar RM4,250 bagi setiap pemegang kad kredit. Trend penggunaan kad kredit berubah-ubah di beberapa negara, contohnya, negara seperti Amerika Syarikat dan Hong Kong mempunyai kadar pemilikan kad kredit yang tinggi. Di Korea Selatan, rata-rata rakyatnya membayar semula bil kad kredit dalam tempoh seminggu selepas berbelanja. Manakala di Eropah, pengguna lebih gemar menggunakan kad debit.

Berdasarkan perbandingan ini, penggunaan kad kredit boleh dianggap sebagai budaya yang telah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia. Persoalannya, bolehkah kita hidup tanpa kad kredit?

Hidup tanpa kad kredit memerlukan anda mempunyai simpanan tunai yang lebih besar. Anda juga mungkin perlu membawa tunai yang banyak untuk membuat pembelian yang besar, seperti televisyen atau mungkin menghalang urusniaga melalui internet. Yang pastinya, anda perlu selalu menjaga kedudukan kewangan anda, memandangkan anda tidak lagi boleh berhutang untuk berbelanja memandangkan anda tidak boleh menangguhkan pembayaran. Gunakan kad debit dan kad pra-bayar sebagai alternatif kepada kad kredit untuk memudahkan urusan perbelanjaan yang sukar dijalankan secara tunai.

Oleh itu, sebelum anda menggunting kad kredit, kami cadangkan anda supaya membina dana kecemasan sekitar satu hingga tiga bulan perbelanjaan kehidupan anda. Bajet kewangan anda dan ubah sikap berbelanja daripada "mampukah saya membayar semula pembelian ini bulan hadapan" kepada "adakah saya mempunyai cukup wang sekarang untuk pembelian ini". Perubahan ini bukanlah mudah bagi pengguna yang sudah sebati dengan penggunaan kad kredit, malah memerlukan perubahan psikologi yang besar dalam mengurus kewangan. Perubahan ini menjadi semakin kritikal ketika anda menghadapi masalah kewangan dan perlu membayar perbelanjaan yang tidak anda jangka, kerana kebiasaannya kad kreditlah menjadi tempat anda mengadu di saat-saat begini.

Hutang yang tidak terkawal juga mungkin merupakan tanda anda mempunyai kekosongan dalam kehidupan anda, sehingga mengakibatkan anda berbelanja di luar kemampuan untuk memenuhkan kekosongan itu. Ubahlah kehidupan anda kepada suasana sihat dan ahli keluarga serta rakan-rakan yang menyokong perubahan anda. Perubahan ini berbaloi untuk membawa anda keluar daripada perangkap hutang yang tidak berkesudahan.

 
 
  Kembali ke Senarai Pengumuman